Bicara Santai & Eksplorasi Saintis Masyarakat

Bicara santai & Eksplorasi Saintis Masyarakat merupakan slot khas Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) dengan kerjasama Fakulti Biodiversiti serta Persatuan Pelajar AS255 : ORBID – Organization Biodiversity Club untuk program Temu Suku Buku yang dianjurkan oleh JPKK Kg. Ulu Cheka.

Slot dijalankan pada 2 Disember 2023 (Sabtu), bermula 2:30 – 5:30 petang, bertempat di Lang Buana Eco Park, Ulu Cheka, Jerantut Pahang. Antara aktiviti khas yang dijalankan ialah Diskusi Saintis Masyarakat yang disampaikan oleh dua orang panel iaitu Tuan Haji Muzamil bin Haji Mustaffa, Ph.D (Pensyarah Kanan) UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, dan Puan Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Aktiviti kedua ialah Taklimat Explorasi yang disampaikan oleh Encik Rahmat bin Mamat. Aktiviti ketiga Taklimat i-Naturalist App disampaikan oleh Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Aktiviti kemuncak ialah Eksplorasi Lembah Benom di mana seramai 100 peserta yang berjaya menyertai program ini, iaitu 70 pelajar sekolah terdiri daripada 8 orang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Damak, 8 orang peserta dari Sekolah Menengah Agama Majlis Ulu Cheka, 34 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Pawang Nong dan 20 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Damak yang diiringi dengan 30 orang fasilitator (Biodiversity Club).

Program ini bertujuan membuka peluang masyarakat untuk menghargai keindahan flora dan fauna yang terdapat di Lang Buana Eco Park, Ulu Cheka seterusnya memupuk kesedaran tentang kepentingan sains dalam kalangan masyarakat di samping menambah ilmu pengetahuan berkaitan bidang Biodiversiti dan saintis masyarakat. Selain itu program ini dapat mencungkil bakat para peserta dalam bidang fotografi seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG): SDG 4 (Quality Education), SDG 15 (Life On Land), dan SDG 17 (Partnerships For The Goals).

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply