Program Misi Akademik UiTMCT: Lawatan ke Perpustakaan dari Kolej Vokasional Besut, Terengganu

Pada 10 Januari 2024, Rabu yang lalu, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah menerima kunjungan lawatan Program Misi Akademik ke UiTMCT dari Kolej Vokasional Besut, Terengganu. Delegasi lawatan seramai 27 orang pelajar bersama 5 orang tenaga pengajar ini mengadakan kunjungan ke sekitar kampus UiTMCT bagi memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan terutamanya dalam bidang hotel dan pelancongan. Lawatan ini dikendalikan oleh Pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP).

Bagi sesi lawatan ke perpustakaan, penerangan telah diberikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan, mengenai sumber rujukan dan koleksi perpustakaan yang ditawarkan bagi menyokong pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi bidang berkaitan. Delegasi lawatan juga telah dibawa melawat ke sekitar perpustakaan bagi melihat dan merasai sendiri suasana di perpustakaan universiti.

Pihak perpustakaan sentiasa mengalu-alukan kedatangan semua warga universiti dan komuniti bagi mengimarahkan perpustakaan UiTMCT untuk tujuan perkembangan ilmu. Diharapkan segala perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply