Pertandingan BookTok: Healing With Book

Sempena Open Day PTAR 2023 pada 28 November 2023 sehingga 30 November 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah mengadakan Pertandingan Booktok: Healing With Book.

Pertandingan ini menghendaki para peserta untuk membuat ulasan buku mengikut kepada kreativiti dan memuat naik video tersebut ke aplikasi TikTok. Peserta perlu membuat ulasan buku menggunakan buku yang dipinjam daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban.

Pemenang bagi pertandingan ini dinilai berdasarkan jumlah tontonan terbanyak.

Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply