Program PTAR@3R: Transcending Differences, Strengthening Relationships

KOTA SAMARAHAN, 5 Disember 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program PTAR@3R: Transcending Differences, Strengthening Relationships bekerjasama dengan Politeknik METro Betong. Program ini adalah salah satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama yang baik antara dua buah institusi akademik serta memperkenalkan perkhidmatan dan kelebihan koleksi yang terdapat di PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Selain itu, penganjuran program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan dan melihat ketampakkan PTAR UiTM Cawangan Sarawak kepada komuniti luar kampus, sekaligus ianya turut menyokong dalam pelan strategik UiTM iaitu Globally Marketable.

Pihak PTAR telah disambut sendiri oleh Tuan Pengarah Politeknik Metro Betong, Encik Suhaili bin Alih dan selepas taklimat, kami menyerahkan buku-buku yang telah dipinjam secara berkelompok oleh pihak Politeknik.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply