Perkongsian Ilmu: Bahan Harta Intelek UiTM Cawangan Johor

Pihak Perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Cawangan Johor telah mengadakan sesi Perkongsian Ilmu: Bahan Harta Intelek UiTM Cawangan Johor pada 24 September 2023 iaitu pada hari Ahad, jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini berlangsung di CGS CIMB Trading Room, PTDI 1. Program ini disertai oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP), pensyarah yang mewakili setiap fakulti, staf perpustakaan dan pelajar latihan industri.

Perkongsian ilmu ini dimulakan dengan ucapan daripada Puan Mawar Noor binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan dan beliau memberi penerangan berkaitan tujuan penyerahan bahan harta intelek. Pengisian seterusnya adalah sesi taklimat oleh semua Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Dr Ismail iaitu Pn. Siti Rozana binti Mat Sanat (MobileApp, Harta Intelek & Institutional Repository), En. Ahmad Akmal bin Mohd Idris (Penerimaan Dasar dan Penyeragaman Borang) dan Pn. Noredayu binti Rosli (Pelaksanaan Program Literasi Maklumat).

Objektif program adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan keternampakan hasil karya UiTM di peringkat global.
  2. Memenuhi keperluan rujukan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan oleh pengguna.
  3. Meningkatkan penggunaan bahan rujukan perpustakaan.

Program ini telah mendapat maklumbalas yang amat positif daripada para peserta dan pihak Perpustakaan telah menerima tempahan Program Literasi Maklumat yang amat menggalakkan dan juga menerima bahan Sejarah Lisan sebanyak 23 naskah.

Penulis : Siti Noor Hamizah Binti Sahak

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply