BENGKEL TIKTOK @ PTDI

Pada 10 September 2023 telah berlangsung Bengkel TikTok @ PTDI anjuran Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) Cawangan Johor Kampus Segamat. En. Mohd Hafiz bin Kasirun, Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Negeri Sembilan telah dijemput sebagai penceramah. Peserta terdiri daripada 20 orang staf PTDI Kampus Segamat, 9 orang staf Pasir Gudang, dan 6 orang Pelajar Latihan Industri.

Bengkel Tiktok @ PTDI ini diadakan bagi mengatasi isu kelemahan teknik dan kemahiran dalam menggunakan aplikasi digital sebagai sumber hebahan maklumat, kurang pendedahan mengenai cara untuk menyunting video dan menarik minat pelajar melalui video yang dihasilkan. 

Objektif program adalah seperti berikut:

  1. Menambah pengetahuan dan pendedahan mengenai penggunaan TikTok sebagai media hebahan baru.
  2. Menambah kemahiran dengan pendedahan teknik menggunakan aplikasi TikTok.
  3. Mencapai 100 peratus PI 18 iaitu Peratusan Staf Mencapai 42 Jam Latihan.

Hasil daripada pelaksanaan bengkel ini, semua peserta dapat mempraktikkan dan mencuba teknik yang diajar oleh penceramah bagi menghasilkan video yang berkualiti dan kreatif. Pertandingan TikTok kreatif turut diadakan kepada semua peserta bengkel dan telah dimenangi oleh Puan Siti Rozana. Selain itu, segala teknik daripada bengkel ini boleh diaplikasikan sebelum memuat naik di media sosial PTDI supaya platform ini dapat kerap ditonton kerana video-video yang dihasilkan.

Penulis: Nurhusna binti Zainal Rashid dan Siti Rozana binti Mat Sanat

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply