Mobile Library@Laman Perdana

Pada 19 Oktober 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program Mobile Library bertempat di Laman Perdana. Ianya berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan turut disertai oleh Unit Arkib Universiti serta Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTMCPP.

Antara aktiviti yang disediakan kepada pengguna ialah pinjaman dan pemulangan buku, pameran rekod penting universiti berkaitan UiTMCPP, penggunaan Mobile Apps serta permainan minda secara maya. Mobile library kali ini diharap dapat memudahkan pengguna untuk mengakses bahan perpustakaan dan membuat pinjaman walaupun tidak dapat hadir ke perpustakaan secara fizikal.

Penganjuran kali ini telah menarik ramai pelajar-pelajar baharu yang turut serta dalam permainan minda, membuat pinjaman buku dan mendaftar Mobile App PTAR buat kali pertama. Selain itu, pameran oleh Unit Arkib juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Semoga program seumpama ini dapat menggalakkan para pelajar dan kakitangan UiTM meminjam dan membaca buku secara berkala dan memupuk semangat cintakan ilmu dalam kalangan mereka.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply