Jelajah UiTM Bersama Tabung Haji

30 Oktober 2023- Bertempat di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh dengan kerjasama Tabung Haji serta Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 telah menganjurkan program Jelajah UiTM Bersama Tabung Haji. Program yang berlangsung jam 10.00 pagi ini disertai oleh 200 orang pelajar dan kakitangan UiTMCPP.

Program ini diadakan untuk memperkenalkan aplikasi atas talian, THiJARI yang dapat memudahkan transaksi pendeposit Tabung Haji. Antara transaksi yang boleh dilakukan secara atas talian ialah urusan simpanan dan pengeluaran wang, pembukaan akaun baru, urusan berkaitan haji, pengagihan hibah dan lain-lain.

Sepanjang program ini berlangsung, Tabung Haji juga turut menyediakan perkhidmatan mengaktifkan akaun, semakan akaun, pembukaan akaun baharu bagi dewasa dan kanak-kanak dan promosi produk-produk terkini Tabung Haji. Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, YBhg Prof. Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali juga tidak ketinggalan beramah mesra dengan para petugas Tabung Haji sebelum program berakhir pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply