PTAR SYNERGY (Read@UiTM: Mobile Library)

KOTA SAMARAHAN, 7 NOVEMBER 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program PTAR Synergy (Read@UiTM: Mobile Library) bertempat di Medan Selera, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pengguna merangkumi perkhidmatan yang sedia ada dan juga yang terkini. Selain itu, sebagai salah satu langkah untuk menarik semula perhatian warga UiTM Sarawak dengan aktiviti dan perkhidmatan yang telah disusun khususnya sepanjang tahun.

Melalui program seperti ini juga, PTAR UiTM Cawangan Sarawak dapat mengeratkan hubungan yang baik dengan orang luar dan pihak berkepentingan (Stakeholders) serta ia juga menyokong kepada pelan strategik UiTM iaitu Globally Marketable.

Program ini telah dikendalikan oleh Cik Dayang Azimah Abang Yusof, Pustakawan dan Puan Khairunniqmah, Pustakawan serta dibantu oleh En. Dominic bin Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR Kampus Samarahan.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply