Majlis Anugerah Cemerlang UCS Sempena Hari Kualiti UCS 2023

Bersempena dengan sambutan Hari Kualiti UCS 2023, satu pertandingan telah dibentuk berdasarkan kategori dan kriteria untuk dipertandingkan dalam Anugerah Cemerlang UCS 2023. Majlis sambutan serta meraikan pemenang-pemenang anugerah tersebut telah diadakan di Dewan Seri Alam, Hotel UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor, InQKA UiTM dan bersama YBhg. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor. Majlis ini turut meraikan seluruh kakitangan dan warga pentadbir UiTM di seluruh cawangan Selangor meliputi Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Dengkil.

Anugerah Cemerlang UCS bagi kategori Anugerah Pentadbir Harapan telah berjaya dimenangi oleh Puan Nur Fatihah Muhamad (Pustakawan) dari PTAR Kampus Puncak Alam. Seterusnya bagi Anugerah Zon EKSA, pihak PTAR Kampus Puncak Alam telah meraih tempat ketiga bagi kateogri tersebut. Manakala Anugerah Jabatan Cemerlang, PTAR UiTM Cawangan Selangor telah meraih tempat ketiga.

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah cemerlang tersebut, diharapkan dengan pencapaian serta pengiktirafan yang telah diberikan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga PTAR UiTM Cawangan Selangor untuk terus bersaing dan melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Amir Muhammad Shafie PTAR Puncak Alam

Leave a Reply