Collaborative Teaching: HTM 606 – Hospitality Research Method

Telah dijalankan sesi Collaborative Teaching bersama Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun pada 3 November 2023, Jumaat, secara atas talian melalui platform Webex. Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dengan kehadiran lebih 70 orang pelajar yang mengikuti subjek HTM 606 dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTMCT. Turut hadir ialah Dr. Maisarah Hamid, pensyarah yang mengajar kod subjek ini bagi mengikuti pengisian yang disampaikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Rujukan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun.

Antara pengisian yang disampaikan dalam sesi bertajuk Library Online Databases & Mendeley ini ialah kriteria yang diperlukan dalam memilih kata kunci untuk carian makluman, serta penggunaannya dalam pencarian maklumat. Kaedah penggunaan pangkalan data langganan Perpustakaan UiTM seperti Emerald Insight, Science Direct, Proquest Dissertations and Theses Global dan juga SCOPUS juga disampaikan dengan terperinci beserta hands-on. Turut diterangkan kepada peserta penggunaan UiTM Institutional Repository untuk carian teks penuh projek pelajar dan contoh penulisan kertas penyelidikan terbitan UiTM. Penggunaan Mendeley secara asas juga telah disampaikan bagi memberi panduan pengurusan sumber rujukan pelajar menyiapkan kertas cadangan penyelidikan mereka.

Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan mengenai sumber rujukan perpustakaan selaras dengan keperluan pembelajaran dan pengajaran warga kampus. Di samping itu, program ini juga menyokong kepada Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply