Taklimat Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu kepada Pelajar Baharu Sesi Oktober 2023 – Februari 2024

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu telah mengisi slot Minggu Destini Siswa(MDS) Sesi Oktober 2023 – Februari 2024 dengan menjalankan Taklimat Perpustakaan kepada 1, 600 orang mahasiswa/i baharu yang terdiri daripada pelajar Pra-Diploma, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda pada 26 September 2023,Selasa.

Taklimat Perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Aspirasi serta secara langsung melalui atas talian di Dewan Anggerik, Dewan Bakawali, dan Dewan Jasmin secara serentak bermula jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.

Penerangan diberikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan, merangkap Pustakawan Rujukan UiTMCT Kampus Dungun.
Lokasi: Dewan Bakawali
Lokasi: Dewan Anggerik.
Lokasi: Dewan Jasmin.
Lokasi: Dewan Aspirasi

Disampaikan oleh Cik Asmahani binti Abdullah, Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan, taklimat ini juga dibantu beberapa orang staf Perpustakaan yang lain bersama tiga orang pelajar latihan industri.

Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital, kemudahan perpustakaan yang disediakan untuk pengguna, UiTM Library Mobile Apps, system perpustakaan yang digunakan, teknik pencarian maklumat, dan sebagainya kepada para pelajar baharu di UiTM Cawangan Terengganu. 

Sesi kuiz berdasarkan pengisian taklimat tersebut turut diadakan sedikit sebanyak telah memeriahkan lagi sesi taklimat yang diadakan pada kali ini. Saguhati kepada pemenang diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab dengan betul setiap soalan kuiz yang diajukan.

Semoga dengan taklimat seperti ini, dapat memberikan gambaran tentang perpustakaan kepada para pelajar baharu agar mereka dapat memanfaatkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di perpustakaan di sepanjang pengajian kelak.

Sumber Gambar: Facebook Lensa UiTM Terengganu

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply