Teknik membaca pantas buka perspektif baharu untuk pelajar UiTM Kampus Tapah.

9 & 10 Oktober 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan bengkel β€œSpeed Read” bersempena Minggu Kesihatan Mental 2023 dengan kerjasama Unit Kesihatan dan Unit Sukan UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Sedari kini minat membaca bagi para pelajar yang sedang menuntut di Pengajian Tinggi adalah semakin membimbangkan. Antara faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan pelajar adalah kurangnya pengetahuan teknik pembacaan yang efektif. Pelajar selalunya akan mengambil masa yang agak panjang untuk menghabiskan sesebuah pembacaan. Disebabkan ini juga membuatkan para pelajar menjadi kurang fokus dan mudah bosan terhadap bahan bacaan mereka.

Justeru itu PTAR Kampus Tapah telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki kaedah pembacaan para pelajar dengan menagadakan bengkel bacaan pantas (Speed Read) kepada para pelajar khususnya untuk pelajar di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Dengan mengikuti bengkel ini, para pelajar telah didedahkan mengenai kaedah pembacaan yang berkesan selain daripada membolehkan mereka juga untuk membaca lebih banyak bahan dalam masa yang singkat. Bengkel ini juga memfokuskan para pelajar untuk mengubah tabiat lama mereka ketika membaca. Kaedah bacaan pantas seperti eye fixation, skimming dan scanning turut diperkenalkan bagi mewujudkan tabiat membaca yang baharu. Mereka juga disediakan dengan pelbagai latihan bacaan termasuk dalam bentuk bahan fizikal dan digital.

Bengkel ini telah dijalankan di Makmal Komputer Aras 1 PTAR Kampus Tapah selama 2 hari (9 dan 10 Oktober 2023) kepada 2 kumpulan pelajar yang berbeza. Bengkel yang berdurasi 2 jam ini juga telah disampaikan oleh Pustakawan, Encik Aizu Hakimi dan dibantu oleh pelajar latihan industri. Turut diadakan sesi kuiz serta penyampaian hadiah kepada para peserta pada akhir program.

Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang supaya teknik bacaan pantas dalam kalangan para pelajar universiti dapat dipupuk serta meningkatkan lagi keseronokan merkeka ketika membaca.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply