Taklimat Perpustakaan Pelajar Baharu Dalam Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi Oktober 2023 – Mac 2024 UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah

MUKAH, 28 SEPTEMBER 2023 – Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Cawangan Sarawak untuk pelajar baharu sesi Oktober 2023-Februari 2024 akan berlangsung pada 24 hingga 29 September 2023 di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan, Kampus Samarahan 2 dan Kampus Mukah.

Slot Taklimat Perpustakaan bagi MDS UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah dijadualkan pada 28 September 2023 bertempat di Dewan Sri Balau, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah. Taklimat Perpustakaan ini telah disampaikan oleh Encik Tahir bin Raya, Pembantu Pustakawan Kanan, dibantu oleh beberapa staf PTAR Kampus Mukah yang lain.

Sesi ini menggunakan Modul Fundamental of Information Literacy untuk memberi penerangan berkenaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna yang terdapat di perpustakaan, koleksi bahan atau koleksi sumber rujukan yang terdapat di PTAR samada secara fizikal mahupun digital, teknik pencarian maklumat yang tepat, mempromosikan  UiTM Library Mobile Apps dan cara penggunaannya serta demonstrasi ringkas akses laman sesawang perpustakaan, kaedah menggunakan Online Public Access Catalogue (OPAC), dan carian kertas soalan peperiksaan melalui UiTM Library Mobile Apps juga ditunjukkan.

Semoga perkongsian yang telah disampaikan ini dapat membantu para pelajar baharu bagi sesi Oktober 2023 – Mac 2024 menyesuaikan diri di kampus dan sentiasa mengunjungi perpustakaan pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baharu yang berjaya ditawarkan ke UiTM Cawangan Sarawak. Semoga perjalanan menuntut ilmu para pelajar dipermudahkan dan diberkati.

“MENCORAK TRANSFORMASI ERA DIGITALISASI”

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply