Lawatan Dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak

MUKAH, 20 SEPTEMBER 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menerima kunjungan daripada Encik Adenan bin Junaidi, Pegawai Tadbir Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak pada jam 11.00 pagi. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Encik Adi Azri Mohamad, Pustakawan PTAR Kampus Mukah.

Lawatan ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak yang boleh diguna pakai oleh pihak PTAR. Pihak PTAR juga mengambil peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan untuk orang awam.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply