Program Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan UiTM Cawangan Pulau Pinang

Program Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah diadakan pada 11 September 2023 di perkarangan Pusat Islam Kampus Permatang Pauh. Ianya merupakan program kerjasama antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan juga PTAR UiTMCPP. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan kembali semangat cintakan negara sekaligus dapat meningkatkan perpaduan integrasi nasional dalam kalangan staf UiTMCPP.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Dekorasi Merdeka, Pertandingan Fotografi Antara Jabatan, Aktiviti Rewang Memasak Merdeka, Sukaneka Permainan Rakyat serta Treasure Hunt Merdeka. Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari bahagian dan jabatan di UiTMCPP. Pihak PTAR juga tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan fotografi dan beberapa acara dalam sukaneka permainan rakyat.

Majlis Perasmian Penutup bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah disempurnakan oleh YBhg Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTMCPP. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan. Sebelum program berakhir, semua staf yang hadir menikmati jamuan makan tengah hari iaitu nasi beriani dan gulai kambing yang dimasak secara rewang oleh AJK serta staf UiTMCPP sendiri.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply