Library Outreach: Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau

Isnin, 25 September 2023, telah berlangsung program Library Outreach bersama Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang dijalankan secara maya menerusi aplikasi Cisco Webex.

Program yang berlangsung selama dua (2) jam itu disertai oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP), koordinator-koordinator program serta warga akademik dari fakulti tersebut. Objektif program Library Outreach ini diadakan adalah bagi mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada setiap bahagian di setiap kampus.

Antara pengisian program termasuklah perkhidmatan digital perpustakaan menerusi portal MyKnowledge Management dan PTAR Mobile App serta pengurusan bahan harta intelek universiti yang disampaikan oleh Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau dan taklimat verifikasi PRIMe yang disampaikan oleh Encik Syaiful Hisyam Saleh, Pustakawan PTAR Kampus Seremban.

Pihak PTAR selaku penganjur merakamkan setinggi penghargaan kepada semua peserta dari Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Kampus Rembau atas kesudian meluangkan masa menyertai program ini.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply