Program ‘Team Building’ PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 6 September 2023, seramai 22 orang warga PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengikuti program “Team Building” bertempat di Sedim Ceria Resort, Kulim, Kedah.

Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara staf perpustakaan serta menjadi wadah untuk perkongsian maklumat dan pengalaman di antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk bersuai kenal dengan Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP yang baharu iaitu Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas serta pembahagian kumpulan oleh AJK program dan diikuti dengan pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan. Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan yang ada. Selepas aktiviti berkumpulan selesai, satu perkongsian bertajuk ‘Bekerja Sebagai Satu Ibadah untuk ke Syurga’ telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar.

Di akhir program, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bagi aktiviti berkumpulan dijalankan bersama sesi pertukaran hadiah sesama staf. Di harap program seumpama ini dapat diadakan lagi di masa akan datang dengan pengisian yang bermakna untuk menyemarakkan semangat kerja berpasukan di perpustakaan.

Disediakan oleh : Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply