Syabas Dan Tahniah KIK SPEKTRUM, Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Zon Borneo 2023

KOTA SAMARAHAN, 19 SEPTEMBER 2023 – SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada Kumpulan KIK SPEKTRUM yang mewakili PTAR UiTM Cawangan Sarawak yang dianggotai oleh 8 orang staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan seorang staf Unit Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak kerana telah berjaya merangkul 4 anugerah dalam Konvensyen KIK Peringkat Zon Borneo 2023.

  • 1. Tempat Ketiga KIK UiTM Peringkat Zon Borneo 2023
  • 2. Penarafan Projek KIK UiTM – Emas
  • 3. Anugerah Pembentang Terbaik Wanita – Pn. Khairunniqmah Othman
  • 4. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Pengurusan

Semoga selepas kejayaan Kumpulan KIK SPEKTRUM ini, ia menjadikan satu pemangkin kepada PTAR UiTM Cawangan Sarawak untuk terus maju dan sentiasa melahirkan idea-idea yang inovatif dan kreatif pada masa akan datang.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply