IQRA@PTDI : Bani Adam Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Allah S.W.T.

Perpustakaan Tun Dr Ismail dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) telah menganjurkan program IQRA@PTDI : Bani Adam sebagai khalifah di muka bumi Allah S.W.T yang berlangsung pada 15 Jun 2023, jam 12.00 tengahari hingga 1.15 petang bertempat di Library Community Engagement.

Program ini melibatkan pelajar-pelajar Plus Tahfiz yang membaca potongan ayat-ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 30-39 dan disusuli dengan maksud serta tafsir ayat. 

Objektif program:

  • Menyemarakkan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar dan staf UiTM Cawangan Johor
  • Menghayati dan memahami tafsir ayat-ayat Al-Quran
  • Memupuk minat menghadiri majlis ilmu dalam kalangan pelajar dan staf
  • Mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan pelajar dan staf
  • Membantu pencapaian Performance Indicator ke 2 : Bilangan pelaksanaan Program Read@UiTM.

Moderator bagi program ini adalah Ustaz Aemy Aziz dan pelajar Plus Tahfiz yang terlibat adalah pembaca Tilawah saudara Muhammad Faaruuq bin Khusaini dan terjemahan oleh saudara Muhammad Danish Haikal bin Zaidi. Lima soalan mini kuiz berkaitan ayat yang dibaca ditanya kepada penonton daripada kalangan pelajar. Semoga dengan penganjuran ini memberi manfaat kepada peserta yang menyertainya.

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat, Roslan bin Mohd Nor dan Noredayu binti Rosli

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply