Kursus Penulisan Artikel Berbentuk Systematic Literature Review (SLR) Anjuran PTDI dan BPJIA, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Bagi menyokong budaya penulisan dalam kalangan warga UiTM, Perpustakaan Tun Dr Ismail dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah menganjurkan Kursus Penulisan Artikel Berbentuk Systematic Literature Review (SLR). Kursus tersebut diadakan pada 29 Mac 2023 (Rabu) bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Bilik Seminar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

PTDI dan BPJIA amat berbesar hati menjemput Dr. Hayrol Azril Mohamed Shaffril sebagai penceramah yang mana beliau merupakan Konsultan Systematic Literature Review untuk agensi antarabangsa (WorldFish), Profesor Adjung Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universitas Negeri Malang dan fokus bidang penyelidikan berkaitan dengan komuniti pertanian (nelayan, petani), adaptasi komuniti terhadap impak perubahan cuaca.

Kursus ini mendapat penyertaan yang amat menggalakkan daripada warga kampus. Antara perkongsian yang menarik daripada Dr. Hayrol adalah : 

  • Metodologi dan strategi pencarian sistematik.
  • Demo penggunaan database SCOPUS dan Google Scholar.
  • Pengenalan kepada Boolean Operator,Phrase searching, truncation, wild card and field code function.
  • Tips dan teknik penulisan artikel jurnal SLR.

Diharap dengan penganjuran kursus ini memberi panduan dan manfaat kepada peserta untuk menghasilkan penulisan.

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat, Roslan bin Mohd Nor dan Noredayu binti Rosli

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply