Bicara Buku: Bersama Rektor UiTM Cawangan Johor

7 Jun 2023, Rabu : Buat julung kalinya telah diadakan sesi siaran langsung Bicara Buku: Bersama Rektor UiTM Cawangan Johor. Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) amat berbesar hati kerana Prof. Madya Dr. Saunah Zainon yang merupakan Rektor UiTM Cawangan Johor, sudi berkongsi dan bersiaran secara langsung menerusi Youtube UiTM Johor dan Facebook Perpustakaan Tun Dr Ismail.

Program ini bersiaran langsung selama kurang lebih 1 jam dan dikendalikan oleh Saudari Ilya Nur Fariezyany binti Othman pelajar latihan Industri. Puan Rektor berkongsi mengenai salah satu buku yang dipamerkan di dalam Koleksi Minda Rektor dengan tajuk The Right to Lead : Learning Leadership Through Character and Courage, oleh John C. Maxwell, terbitan Thomas Nelson Incorporated, 2010.

Beliau menyatakan buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan kerana setiap orang itu berperanan sebagai pemimpin atau dipimpin. Intipati buku ini memberikan beliau inspirasi untuk memimpin berdasarkan 7 elemen iaitu : 

  1. Let go of your ego
  2. Become a good follower first
  3. Build positive relationship
  4. Work with excellence
  5. Rely on discipline not emotion
  6. Make adding value your goal
  7. Give your power away

Diakhir sesi siaran langsung tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak PTDI dan berharap agar perkongsian ilmu ini diteruskan pada masa akan datang.

Pautan Siaran Langsung: 

Youtube:  https://www.youtube.com/watch?v=ya0QSJDf4Ts

Facebook: https://www.facebook.com/events/282476570879451

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat, Roslan bin Mohd Nor dan Noredayu binti Rosli

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply