IQRA’@PTDI Kisah Ashabul Kahfi

11 Mei 2023, Khamis – Bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga UiTM Perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) telah menganjurkan program Read@UiTM, iaitu IQRA’@PTDI. Berikut adalah maklumat program : 

Tajuk : Kisah Ashabul Kahfi

Surah : Al-Kahfi (13 – 20)

Lokasi : Ruang Library Community Engagement

Program ini berlangsung selama 1 jam bermula 12.00 tengahari hingga 1.15 petang yang melibatkan pelajar-pelajar Plus Tahfiz yang membaca potongan ayat-ayat Al-Quran, disusuli dengan maksud dan tafsir ayat. Lima soalan mini kuiz berkaitan ayat yang dibaca ditanya kepada penonton daripada kalangan pelajar. 

Objektif program:

  • Menyemarakkan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar dan staf UiTM Cawangan Johor
  • Menghayati dan memahami tafsir ayat-ayat Al-Quran 
  • Memupuk minat menghadiri majlis ilmu dalam kalangan pelajar dan staf 
  • Mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan pelajar dan staf
  • Membantu pencapaian Performance Indicator ke 2 : Bilangan pelaksanaan Program Read@UiTM. 

Moderator bagi IQRA’@PTDI Kisah Ashabul Kahfi adalah Ustaz Mohd Zainodin bin Mustafa manakala dua orang pelajar Plus Tahfiz tersebut adalah Saudara Muhammad Zulhelmi bin Mohammed sebagai pembaca tilawah manakala Saudara Muhammad Danish bin Ahmad Bukhari sebagai penterjemah.

Semoga bacaan dan ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada penonton program IQRA’@PTDI.

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat, Roslan bin Mohd Nor dan Noredayu binti Rosli

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply