Bengkel Pengurusan Perpustakaan Bersama Jawatankuasa Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Zon Johor anjuran Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor

19 Mac 2023, Ahad – Selaras dengan PI12 PTAR : Bilangan Program Khidmat Masyarakat PUiTM, pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dengan kerjasama PTDI Kampus Segamat telah berjaya melaksanakan satu program khidmat masyarakat khusus buat Jawatankuasa Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Zon Johor. Program ini telah berlangsung di PTDI Kampus Pasir Gudang bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Program ini melibatkan seramai 45 orang peserta yang merupakan Guru Media dan Pusat Sumber Kolej Vokasional Zon Johor.

Berikut adalah antara objektif program : 

  1. Mewujudkan kerjasama strategik antara Jawatankuasa Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Daerah Johor Bahru dan Perpustakaan Tun Dr Ismail , UiTM Kampus Pasir Gudang.
  2. Membugar dan memperkasa Guru Perpustakaan dan Media dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mengetengahkan kepemimpinan dalam pentadbiran perpustakaan di daerah Johor Bahru.
  3. Meningkatkan kecekapan pengurusan perpustakaan sekolah khususnya dalam pengurusan bahan rujukan dan perkhidmatan perpustakaan.
  4. Diletakkan sebagai salah satu projek bagi mencapai PI12 : Bilangan Program Khidmat Masyarakat PUiTM 

Penceramah jemputan adalah daripada kalangan staf Perpustakaan UiTM Johor dan seorang Pensyarah Kanan daripada bidang Pengurusan Maklumat.Penceramah yang ditampilkan adalah :

Slot/ TajukPenceramah
Slot 1 : Tadbir Urus Perpustakaan AkademikPuan Mawar Noor Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, UiTM Johor
Slot 2 : Pengurusan Pusat SumberEn. Muhammad Ismail Pahmi, Ketua Pusat Pengajian, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Media, UiTM Johor
Slot 3 : Pengkatalogan Bahan PerpustakaanEn. Ahmad Akmal Mohd Idris, Pustakawan Kanan, UiTM Johor
Slot 4 : Perkhidmatan & Koleksi Digital Percuma PUiTMPuan Siti Rozana Mat Sanat, Pustakawan Kanan, UiTM Johor
Slot 5 : Kemahiran Literasi Maklumat Puan Noredayu Rosli dan Cik Nor Azelea Mohd Azahar Pustakawan Kanan, UiTM Johor
Slot 6 : Lawatan ke Perpustakaan Tun Dr. IsmailEn. Idris Muhammad, Pustakawan Kanan, UiTM Kampus Pasir Gudang

Program ini diharapkan dapat membantu Guru Perpustakaan Media (GPM) mewujudkan satu budaya kerja pengurusan Pusat Sumber yang lebih bersistematik selaras dengan pelaksanaan gelombang ketiga (2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Semoga dengan penganjuran bengkel ini juga dapat meningkatkan pemahaman dan kompetensi GPM demi meningkatkan pencapaian yang lebih baik.

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat, Roslan bin Mohd Nor & En. Idris bin Muhammad

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply