Kempen 1 Staf 1 Buku UiTM Cawangan Pulau Pinang

Sepanjang bulan Ogos 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Kempen 1 Staf 1 Buku. Ianya merupakan Inisiatif PTAR bagi mempromosi koleksi bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan di samping mewujudkan senario budaya membaca sebagai rekreasi dan literasi di Kampus Permatang Pauh secara khususnya.

Tujuan utama penganjuran kempen ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan warga kampus serta menjadikan membaca sebagai budaya yang menyeronokkan. Selain itu, kempen ini juga diadakan untuk menyebar luas maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan kepada warga kampus seperti “Book Delivery Service”, Mobile Apps dan penggunaan OPAC.

Melalui kempen ini, pihak perpustakaan telah mengunjungi pejabat – pejabat bahagian dan unit di dalam kampus bersama koleksi bahan bacaan berserta hadiah menarik untuk peminjam bertuah. Antara bahagian serta unit yang terlibat adalah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pentadbiran, Pejabat Rektor, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat, Bahagian Bendahari dan Bahagian Infostruktur. Secara keseluruhannya kempen ini telah pun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua staf yang terlibat.

Disediakan oleh : Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply