Bengkel Speed Read & Bahan digital Perpustakaan kepada staf UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

29 Ogos 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawanagan Perak Kampus Tapah telah menganjurkan bengkel bertajuk “Speed Read dan Penggunaan Bahan Digital Perpustakaan” di Makmal Komputer PTAR Kampus Tapah. Bengkel ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang untuk Kumpulan A, dan dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang untuk Kumpulan B. Bengkel ini dihadiri oleh dua kumpulan peserta yang terdiri daripada 70 orang staf pentadbiran dan staf akademik.

Bengkel bermula dengan sesi pengenalan terhadap penggunaan bahan digital perpustakaan yang disampaikan oleh Pustakawan Encik Aizu Hakimi Bin Mohd Adnan. Bahan-bahan digital yang diperkenalkan merangkumi kandungan daripada Pengkalan Data Atas Talian (PDAT) yang membolehkan carian yang cekap untuk memudahkan pengguna mendapatkan bahan dengan pantas dan mudah. Selain itu, bahan lain seperti Local Content Hub UiTM dan cara mencari bahan perpustakaan menggunakan Online Public Access Cataloguing (OPAC) turut diperkenalkan.

Bengkel kemudiannya diteruskan dengan sesi “Speed Reading” yang disampaikan oleh Pustakawan Kanan Puan Nur AqilahBinti Β Russli. Sesi ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik membaca pantas termasuk kaedah fiksasi mata, menggunakan jari sebagai panduan, dan kad indeks. Sesi ini turut menyediakan latihan membaca serta kuiz dan hadiah untuk peserta.

Rata-rata peserta bengkel yang hadir berpendapat bahawa program ini amat membantu dalam melaksanakan tugas harian, terutamanya dalam aspek membaca, dengan tujuan untuk meningkatkan kelajuan dan kesan keseluruhan dalam membaca.

Akhir kata, diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Ini kerana bukan sahaja peserta dapat memperbaiki kaedah pembacaan, malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran dalam memahami serta menganalisis teks dengan lebih efektif.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply