Program Sarawak Ibu Pertiwiku “Sarawak Maju Makmur”

KOTA SAMARAHAN, 2 OGOS 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Sarawak Ibu Pertiwiku “Sarawak Maju Makmur” bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak Ke 60 Tahun bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Program ini adalah kolaborasi bersama Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung. Diantaranya adalah bual bicara bertajuk Sarawak Ibu Pertiwiku yang disampaikan oleh tetamu jemputan khas iaitu YBhg Datu Dr. Hj Sanib bin Hj Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Pameran Sejarah Sarawak oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dan Pameran Koleksi PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Hasil Karya Ybhg. Datu Sanib bin Haji Said.

Pada program ini turut diadakan Majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (Memorandum of Collaboration – MoC) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pustaka Negeri Sarawak.

Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri bin Haji Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM, YBhg. Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa bin Mohamadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak, YBhg Datu Dr. Hj Sanib bin Hj Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Ts. Haji Azizi Haji Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan UiTM dan Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak serta En. Wan Mazli Wan Razali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Pustaka Negeri Sarawak.

Turut hadir ialah Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Negeri, Ketua Pusat Pengajian UiTM Cawangan Sarawak, Warga UiTM Cawangan Sarawak dan Jemputan Agensi-agensi Kerajaan serta media tempatan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada tetamu kehormat dan jemputan agensi-agensi kerajaan serta semua yang sudi hadir ke program ini. Semoga program ini mencapai objektif pelaksanaannya. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran program ini. Semoga berjumpa lagi di program yang lain.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply