Memorandum Of Collaboration (MoC) Di Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dan Pustaka Negeri Sarawak

KOTA SAMARAHAN 2 OGOS 2023 – Majlis menandatangani Memorandum of Collaboration (MoC) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pustaka Negeri Sarawak telah berjaya disempurnakan pada 2 Ogos 2023 Rabu bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2. Majlis ini merupakan detik bersejarah antara kedua-dua belah pihak. Ini disebabkan hubungan yang terjalin di antara kedua-dua belah pihak selama ini telah dirasmikan ikatannya melalui MoC ini.

Kedua-dua pihak yang terlibat dalam majlis ini bersetuju untuk menggalakkan aktiviti secara bersama seperti kerjasama akademik, penyelidikan dan intelektual dalam bidang-bidang berikut, iaitu penyelidikan dan penyeliaan, pertukaran maklumat yang berkaitan dengan perkembangan ilmu dalam pengajaran, pembangunan pelajar dan institusi penyelidikan, penerimaan Latihan staf untuk satu tempoh yang dipersetujui bersama dan, menjalin kerjasama di dalam bidang-bidang lain seperti yang dipersetujui dari semasa ke semasa.

Majlis menandatangani MoC telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri bin Haji Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM bagi pihak UiTM sambil disaksikan oleh Ts. Haji Azizi Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan UiTM. Manakala pihak Pustaka Negeri Sarawak pula diwakili oleh Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak dan disaksikan oleh Encik Wan Mazli Wan Razali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Pustaka Negeri Sarawak.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh YBhg Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Negeri, Ketua Pusat-pusat Pengajian UiTM Cawangan Sarawak, Warga UiTM Cawangan Sarawak dan Jemputan Agensi-agensi Kerajaan.

KLIK SINI https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/videos/5920392951395731

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply