Lawatan Ke Borneo Cultures Museum (Muzium Budaya Borneo) Kuching

KUCHING 2 OGOS 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak bersama barisan tetamu kehormat Program Sarawak Ibu Pertiwiku telah membuat lawatan ke Muzium Budaya Borneo pada sebelah petang bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini.

Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Prof Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni UiTM, Profesor Ts Dr Haryani Haron, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM serta Ts. Haji Azizi Haji Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan.

Muzium Budaya Borneo Sarawak adalah muzium terbaik di Malaysia ketika ini kerana mempunyai konsep pameran moden yang menonjolkan etnik peribumi serta aplikasi teknologi terkini dalam pameran yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung muzium.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply