Sesi Pertemuan Bersama Ts. Haji Azizi Haji Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan/ Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan

KOTA SAMARAHAN 3 Ogos 2023 – Telah diadakan satu sesi pertemuan bersama Ts. Haji Azizi Haji Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan / Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan). Sesi pertemuan ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Sarawak, Pustakawan Kanan dan Pustakawan serta Pembantu Pustakawan Tertinggi bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.

Sesi pertemuan ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi tindakan pelaksanaan yang akan dilakukan oleh PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kebersamaan perpustakaan UiTM melalui projek dan halatuju perpustakaan seperti projek e-Syllabus, stock take, pembangunan koleksi dan konsep ruang perpustakaan di tempat masing-masing.

Perancangan dan pelaksanaan aktiviti bersama Pustaka Negeri Sarawak melalui literasi maklumat juga perlu dilaksanakan bagi memastikan ia sampai kepada komuniti. Ini kerana kerjasama dengan agensi setempat amat penting dalam menjalinkan kerjasama yang berpanjangan di masa akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada Ts. Haji Azizi Haji Jantan serta rombongan atas kunjungan ke PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply