Lawatan dari Universitas Negeri Padang Fakultas Ekonomi dan Bisnis

Melaka : 9 Ogos 2023 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya telah menerima lawatan delegasi dari Universitas Negeri Padang (UNP), Padang, Indonesia yang diwakili oleh Ass. Prof. Dr. Abror (Timb. Dekan Fakulti Ekonomi UNP), Ass. Prof Erni Masdupi (Dosen Fakultas Ekonomi UNP) dan 12 orang mahasiswa dari Fakultas Ekonomi dan Bisnis, UNP

Kunjungan ke PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya ini adalah sempena lawatan delegasi ke UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya melalui Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Melaka. Semoga lawatan dan kerjasama yang terjalin ini dapat memberi manfaat dan impak yang lebih berkesan kepada kedua-dua pihak UiTMCM dan UNP.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply