Taklimat PTAR: Perkhidmatan Digital bersama Pelajar Profesional Mutawwif Development International College (PMDIC)

8 Ogos 2023, Khamis- Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Taklimat PTAR: Perkhidmatan Digital bersama Pelajar Profesional Mutawwif Development International College (PMDIC) selaku rakan kolaborasi UiTM Cawangan Melaka.

Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Ruang R&R@PTAR, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dan bermula seawal 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Seramai 28 orang pelajar telah terlibat dalam taklimat tersebut. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, dibantu oleh Pembantu Pustakawan Kanan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan serta Unit Digital.

Tujuan utama taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital, mobile app, portal MyKM, pencarian bahan melalui Web OPAC, pendaftaran keahlian luar, informasi berkaitan program atau aktiviti yang dijalankan di PTAR dan sebagainya kepada para pelajar. Pelajar juga telah dibawa melawat ke ruangan Ruang R&R@PTAR, Unit Digital, Ruang Library Community Engagement (LCE) dan Aras 1.

Terima kasih diatas kesudian pelajar membuat taklimat di PTAR UiTM. Hasil dari taklimat ini diharapkan dapat memenuhi objektif serta PTAR dapat mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Ketibaan para pelajar ke PTAR

Cik Hazlin Ibrahim Khan sedang memberi taklimat PTAR kepada pelajar

Pelajar sedang memuat turun PTAR Mobile App, Sosial Media dan Pendaftaran Keahlian Luar

Pelajar sedang membuat lawatan ke Ruang R&R@PTAR, Unit Digital, Ruang Library Community Engagement (LCE) dan Aras 1.

Gambar sekitar taklimat sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply