PTAKKB Mobile Library

25 Julai 2023 (Selasa) – Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu (PTAKKB) telah mengadakan Program PTAKKB Mobile Libray bertempat di Laman UiTM Kampus Kota Bharu.

Objektif pameran ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan koleksi umum dan fiksyen yang terdapat di PTAKKB kepada warga UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Selain itu, pameran ini diadakan untuk mendekatkan hubungan antara pihak PTAKKB di unit perkhidmatan dengan pengguna perpustakaan dan memperkenalkan aplikasi “Mobile Apps” kepada warga UiTMCK Kampus Kota Bharu. Tambahan pula, pameran ini juga untuk menyokong gerakan budaya membaca dalam kalangan warga UiTMCK Kampus Kota Bharu sekaligus untuk meningkatkan statistik pinjaman PTAKKB.

Pameran ini terbuka kepada semua pelajar dan staf UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Selain daripada pameran, terdapat beberapa aktiviti lain iaitu peminjaman buku dan mempromosikan aplikasi “Mobile Apps” bagi warga UiTM yang belum memuat turun di dalam telefon mudah alih mereka.

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply