Lawatan Ilmiah Perpustakaan Tengku Anis Bersama Pelajar Latihan Industri UNAIR dan UiTM

14 Jun 2023, Rabu – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah mengadakan lawatan ilmiah bersama pelajar latihan industri daripada Universitas Airlangga (UNAIR) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke tiga tempat iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), Perpustakaan Tengku Anis Kampus Kota Bharu (PTAKKB) dan Laman Warisan Seni Kampung Laut. Lawatan ini melibatkan 12 orang pelajar latihan industri PTA, seorang pelajar Skim Khidmat Pelajar dan diiringi oleh 4 orang staf PTA termasuk Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA.

  • Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)

Destinasi pertama bagi lawatan ini adalah ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) di Kota Bharu dan disambut baik oleh Encik Mohd Azizi Zainudin (Pustakawan PPAK). Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberi pendedahan akan suasana perpustakaan awam dan mendapatkan maklumat berguna mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PPAK.

PTA juga berkesempatan menyertai Majlis Pelancaran Buku “Raudah Sakeenah Kelantan: Sepancar Sinar, Segunung Harapan” yang diadakan pada hari tersebut. Pihak PTA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPAK di atas kesudian menerima kunjungan daripada kami.

  • Perpustakaan Tengku Anis Kampus Kota Bharu (PTAKKB)

Destinasi kedua adalah lawatan ke Perpustakaan Tengku Anis Kampus Kota Bharu (PTAKKB) selepas lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK). Lawatan ini disambut oleh Puan Rosmariyati Ab Rahman (Pustakawan Kanan PTAKKB) dan staf yang lain. Puan Rosmariyati juga turut memberikan taklimat pengenalan kepada pelajar latihan industri PTA mengenai PTAKKB, kemudahan, koleksi yang ada dan perkhidmatan yang disediakan.

  • Laman Warisan Seni Kampung Laut

Laman Warisan Seni Kampung Laut merupakan destinasi yang terakhir bagi lawatan ilmiah ini dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warisan sejarah dan budaya negeri Kelantan terutamanya kepada pelajar daripada Universitas Airlangga. Antara aktiviti yang dilakukan adalah lawatan ke Masjid Kampung Laut yang merupakan masjid tertua di Malaysia, lawatan ke Laman Warisan Serunding dan aktiviti mewarna batik.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA Kampus Machang

Avatar photo
Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply