Program Lestari@PTAR Sarawak Bulan Julai : SDG 4 The Beauty Of Pua Kumbu Design Motifs

KOTA SAMARAHAN, 27 JULAI 2023 – Program Lestari@PTAR bagi bulan Julai telah dijalankan dan diterbitkan melalui Youtube Channel Rasmi PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu PTAR Production. Program Lestari@PTAR Bulan Julai yang bertajuk SDG 4 The Beauty Of Pua Kumbu Design Motifs telah disampaikan oleh Cik Wan Juliana Emeih Binti Wahed, Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR merupakan sebuah program bulanan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 oleh PTAR UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pelestarian Kampus UiTM Cawangan Sarawak. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosi Sustainable Development Goals (SDGs), Agenda 2030 kepada semua warga UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR bagi bulan Julai ini telah dikendalikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu Encik Jamil Jawi dan Encik Mohamad Faisal Hipni dibantu oleh Bahagian Perpustakaan Digital PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Program ini boleh ditonton melalui pautan dibawah.

Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat kepada warga UiTM Cawangan Sarawak.

https://www.youtube.com/watch?v=QrBm5kt2qMs

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply