Program Hari Mesra Pelanggan 2023 “Renowned Experts @PTAR”

MUKAH, 5-6 JULAI 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program Hari Mesra Pelanggan 2023 bertemakan “Renowned Experts @ PTAR” pada 5 hingga 6 Julai 2023 yang lalu.  Program yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari penganjurannya dan telah dilaksanakan di PTAR Kampus Mukah. Objektif pelaksanaan program ini adalah mengetengahkan kepentingan perpustakaan kepada umum.

Pelaksanaan program ini adalah kolaborasi bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka Bahagian Mukah, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi Bitcom UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Madya Dr. Hasmah Mohidin, Puan Junaidah Mat Jusoh, Pusat Penyelidikan Melanau, Lariss By Dr. Siti dan Koperasi Kuih Sepit Judan Mukah Berhad.

Pelancaran Hari Mesra Pelanggan ini telah disempurnakan oleh Puan Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 2 hari program berlangsung. Antaranya termasuklah booth & pameran, Saringan Kesihatan, Segmen Misi Akademik, Segmen Bicara Pakar : Fertigasi & Hidroponik, E-Sport @ PTAR FIFA20,

Pelancaran Hari Mesra Pelanggan ini telah disempurnakan oleh Puan Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 2 hari program berlangsung. Antaranya termasuklah booth & pameran, Saringan Kesihatan, Segmen Misi Akademik, Segmen Bicara Pakar : Fertigasi & Hidroponik, E-Sport @ PTAR FIFA20, PTAR Collection Hunting Challenge, Photography Contest dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang terlibat dalam program ini samada secara langsung ataupun tidak langsung.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply