Professional Communication Exercise: Industry On Campus Symposium (PiCaSo) 2.0 2023

25 Julai 2023, Selasa- Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka bersama rakan kerjasama strategik Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan Program Professional Communication Exercise: Industry On Campus Symposium (PiCaSo) 2.0 2023. Program ini merupakan pembentangan poster secara fizikal bagi projek pelajar semester 5, program Diploma in English for Professional Communication (LG120) bagi subjek Professional Communication Exercise (ELS304) dengan penglibatan pihak industri.

Program telah diketuai oleh Dr. Ameiruel Azwan bin Ab Aziz, Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Melaka bersama Ahli Jawatankuasa dari Akademi Pengajian Bahasa dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Manakala, panel industri terdiri daripada Puan Nik Rahila Wan Ibrahim, Pensyarah Kanan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Encik Najmi Aidil Mohamad Nasir, Investment Analyst, Ficus Capital.

Program yang melibatkan sebanyak 27 pembentangan poster oleh pelajar telah disempurnakan oleh Dr. Mohammad Nor Afandi Bin Ibrahim, Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka beserta sesi perkongsian dari panel industri yang hadir di akhir sesi. Setinggi tahniah kepada semua pembentang dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat menjayakan program.

Sesi pembentangan poster oleh pelajar yang terlibat

Sekitar Majlis penutup sedang dijalankan

Ucapan perasmian oleh Dr. Mohammad Nor Afandi Bin Ibrahim, Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka

Sesi perkongsian dari panel industri yang hadir pada akhir sesi.

Sekitar pembentangan sedang dijalankan

Sesi penyampaian kepada pemenang

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply