Program SharingRizq@Library UiTMCT Bil. 4/2023: Kerjasama bersama Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)

Sempena Karnival Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) 2023 yang diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2023 yang lalu, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT telah mengadakan Program SharingRizq@Library Bil. 4/2023 pada hari pertama karnival iaitu pada 20 Jun 2023, Selasa. Menariknya untuk program pada kali ini pihak perpustakaan mendapat kerjasama daripada pihak Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO); yang juga terlibat dengan pembukaan booth pada Karnival Perpustakaan 2023. KOPETRO telah bermurah hati menyumbang sebanyak 200 pek makanan untuk diagihkan secara percuma kepada pengunjung karnival yang terdiri dari warga UiTMCT dan komuniti setempat yang hadir. Antara menu yang disediakan ialah sandwich sardin telur, tart telur, kek cawan Hokkaido dan air kotak.


Agihan pek makanan bermula pada jam 9.00 pagi dengan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelanggan dan pengunjung Karnival Perpustakaan 2023. Program ini juga telah mendapat sokongan penuh daripada Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubdaidah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO), yang sukacita meluluskan tajaan pek makanan bagi program SharingRizq@Library kali ini. Pihak pengurusan Perpustakaan Cendekiawan UITMCT mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan memberikan manfaat kepada semua.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply