Collaborative Teaching: (FYP) : Library Online Databases

Pada 17 April 2023 (Isnin), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Collaborative Teaching bersama Final Year Project (FYP) Student mengenai Library Online Databases bermula 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Program ini dikendalikan oleh Puan Ummu Fatihah Mohd Bahrin dan Cik Nurmaisari Che Anuar sebagai penceramah dan dilaksanakan secara atas talian menggunakan Microsoft Team.

Seramai 68 orang pelajar semester akhir dan seorang pensyarah telah menyertai Collaborative Teaching. Program ini merupakan inisiatif pensyarah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan pangkalan data yang disediakan. Selain itu, memberi penekanan mengenai teknik pencarian bahan yang tepat dan berkualiti dalam proses pengumpulan dan penyediaan maklumat untuk penulisan.

Selain itu, penerangan ringkas turut diberikan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan dan beberapa pautan lain untuk mencari pencarian buku di perpustakaan seperti Online Public Access Catalog (OPAC).

Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan selaras dengan keperluan warga kampus. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Avatar photo
Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply