Program Library Outreach : Taklimat MobileApp@UiTM Library

KOTA SAMARAHAN, 13 JULAI 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Library Outreach : Taklimat MobileApp@UiTM Library untuk Staf Bahagian Pentadiran, Unit Korporat, Pejabat Rektor, Unit Kualiti dan Unit Kenderaan UiTM Cawangan Sarawak.

Objektif program ini adalah untuk memperkenal dan mempromosikan PTAR Mobile Apps kepada warga bukan akademik UiTM Cawangan Sarawak.

Program yang telah diadakan pada jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan ini telah dihadiri oleh seramai tiga puluh (30) orang staf dari Bahagian Pentadbiran, Unit Korporat, Pejabat Rektor, Unit Kualiti dan Unit Kenderaan UiTM Cawangan Sarawak. Taklimat telah disampaikan oleh En. Dominic bin Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR Kampus Samarahan.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply