Bicara Pakar bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu

Sempena Karnival Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) 2023 yang diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2023, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun telah mengadakan program Bicara Pakar bersama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Terengganu yang bertajuk Peranan Jabatan Kebudayaan &Kesenian Negara pada 22 Jun 2023, Khamis, yang lalu.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi penerangan berkenaan peranan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.


Sesi perkongsian ilmu ini diadakan secara bersemuka bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi telah disampaikan oleh En. Rosmadi bin Abdul Rahim, P.J.K, Penceramah Artis Budaya Kejurulatihan, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, bertempat di Aras 1, Bangunan Annex Perpustakaan Cendekiawan. Program ini telah telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 80 orang penonton yang terdiri dari staf dan pelajar UiTMCT.


Semoga program bicara bersama pakar seperti ini akan dapat memberi manfaat kepada semua warga UiTMCT berkenaan dengan aspek kebudayaan dan kesenian negara. E-sijil penyertaan, e-merit Pelajar dan jam latihan staf turut diberikan kepada pelajar dan staf yang menyertai sesi perkongsian ilmu ini.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply