Pertandingan The Debate Wars

14 Jun 2023, Rabu – Telah berlangsung Program Perasmian Penutup bagi Pertandingan The Debate Wars yang dikendalikan oleh Kelab Bahasa Inggeris, Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Pertandingan The Debate Wars telah dijalankan selama 2 hari bermula, 13 Jun 2023 hingga 14 Jun 2023. Sebanyak 4 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, terdiri daripada pelajar dari Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka.  Perasmian penutup telah dijalankan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari dan dirasmikan oleh Encik Adi Idham Jailani, Pensyarah Kanan, Fakulti Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, selaku wakil PTAR, diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh Encik Adi Ilham Jailani. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya dan semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan The Debate Wars. PTAR berharap dengan adanya program seperti ini, dapat memberi manfaat kepada semua, khususnya pelajar dalam memupuk minat membaca serta menggalakkan pelajar menceburi pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh UiTM.

Sekitar pertandingan sedang dijalankan

Ucapan aluan dari Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Ucapan perasmian penutup oleh Encik Adi Idham Jailani, Pensyarah Kanan, Fakulti Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang

Sekitar kemeriahan program sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply