Majlis Penyampaian Anugerah Sayembara Penulisan Sajak Masyarakat Madani 2023

22 Jun 2023, Khamis – Telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah bagi Program Sayembara Penulisan Sajak Masyarakat Madani 2023, anjuran Jabatan Undang-Undang dan Kelab Media, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Melaka, bersama rakan kerjasama strategik, Dewan Bahasa & Pustaka, Wilayah Selatan, (DBPWS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UiTM Cawangan Melaka, PTAR UiTM Cawangan Melaka, AID Academy dan Kelab Akademik Mesra Intelek (KAMI). Program telah dijalankan bermula 18 April 2023 hingga 22 Mei 2023. Majlis Penyampaian Anugerah berlangsung di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 8.30 pagi hingga 11.00 pagi dan dirasmikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dari Encik Norhazlan Nordin, selaku wakil bagi pihak Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka. Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah pada para pemenang, yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Majlis turut diwarnai dengan sesi deklamasikan sajak oleh pemenang.

Tahniah diucapkan pada semua pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan Program Sayembara Penulisan Sajak. PTAR berharap dengan adanya program seperti ini, dapat memberi manfaat kepada semua, khususnya pelajar dalam menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusian, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganeraan serta mempelajari karya sastera bagi membina insaniah dalam kehidupan.

Sekitar ketibaan para tetamu

Ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Sekitar persembahan deklamasi  sajak oleh pemenang

Gambar kenangan bersama barisan pemenang

Sekitar kemeriahan program

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply