Taklimat Pengenalan & Perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka Bersama Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (BA132)

6 Jun 2023, Selasa – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Taklimat Pengenalan dan Perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka bersama Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (BA132) sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pada ketentuan berikut :

Tarikh : 6 Jun 2023 | Selasa
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Objektif penganjuran taklimat adalah untuk:

  1. Memperkenalkan fungsi dan peranan Unit Arkib Cawangan Melaka
  2. Mempromosikan Perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka
  3. Menjalinkan hubungan silaturrahim dan kerjasama bersama Pelajar Pengurusan Teknologi Pejabat.

Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Nota Taklimat: KLIK SINI

Gambar Sekitar Taklimat: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply