Pameran History Walk & Archive2U

6 – 7 Jun 2023, (Selasa – Rabu) – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan aktiviti Pameran History Walk & Archive2U sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pada ketentuan berikut :

Tarikh : 6 Jun 2023 – 7 Jun 2023 (Selasa – Rabu)
Masa : 9.00 Pagi – 4.00 Petang
Tempat : Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Antara pameran yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Pameran Sejarah UiTM dan UiTM Cawangan Melaka
  2. Pameran Peneraju ITM/UiTM Cawangan Melaka
  3. Pameran Bahan Penerbitan Unit Arkib Cawangan Melaka (Archive Collection)
  4. Pameran Koleksi Retro
  5. Pameran Gambar & Buku Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Melaka
  6. Pameran Koleksi Penerimaan Rekod Penting Universiti
  7. Pameran Peralatan Penjilidan Bahan
  8. Pameran Model Inovasi PR Smart Table

History Walk

Archive2U

Antara aktiviti yang diadakan di Pameran History Walk & Archive2u adalah Happy Hour Quiz (Pengunjung Bertuah) dan Kuiz Find & Wins. Jumlah pengunjung yang telah menyertai Happy Hour Quiz seramai 140 orang manakala Kuiz Find & Wins seramai 87 orang peserta. Syarat – syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Happy Hour Quiz:

  1. Setiap pengunjung perlu mengisi Google Form SILA KLIK DISINI
  2. Mengambil Sampul Soalan dari staf Unit Arkib
  3. Menjawab dengan BETUL dan berpeluang untuk memenangi Happy Hour Quiz
  4. 40 Pemenang Happy Hour Quiz berpeluang memenangi hadiah PENGUNJUNG BERTUAH UTAMA pilihan Rektor UiTM Cawangan Melaka

Kuiz Find & Wins:

  1. Terbuka kepada Semua Warga UiTM Cawangan Melaka
  2. Download dan Login PTAR Mobile Apps SILA KLIK DISINI
  3. Like & Follow Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Melaka SILA KLIK DISINI
  4. Dibuka sehingga 7 Jun 2023 (3.00 Petang)
  5. Peserta hanya boleh menjawab soalan SEKALI sahaja
  6. Jawapan berdasarkan Pameran HISTORY WALK & ARCHIVE2U di Unit Arkib Cawangan Melaka
  7. Pemenang akan dihubungi dan penyampaian hadiah pada 7 Jun 2023
  8. Keputusan pengadil adalah muktamad

Pautan Kuiz Find & Wins : SILA KLIK DISINI

Review Pengunjung History Walk & Archive2U: https://vt.tiktok.com/ZSLYB6c3T/

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply