Booth Rujukan Bahan Arkib Sempena Program Mobile Library Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah

Merbok, 22 Jun 2023 – Perpustakaan Sultan Badlishah telah menganjurkan satu program yang dinamakan Program Mobile Library bertempat di Dewan Seri Jerai, UiTM Cawangan Kedah pada 22 Jun 2023. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Pelbagai promosi perkhidmatan telah disediakan antaranya pinjaman dan pemulangan buku, konsultasi perkhidmatan perpustakaan, rujukan bahan arkib, kajian profil membaca warga UiTM dan perkhidmatan perpustakaan digital.

Tujuan booth dibuka adalah untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan secara bersemuka kepada pengunjung program, menggiat usaha mempromosikan PTAR Mobile Apps, memastikan pencapaian sasaran petunjuk prestasi sebelum berakhir suku tahunan kedua dan mempromosikan koleksi rekod penting UiTM Cawangan Kedah yang telah terkumpul.

Unit Arkib turut menjayakan program Mobile Library ini melalui promosi booth rujukan bahan arkib. Beberapa bahan rekod penting seperti bahan penerbitan,koleksi gambar, koleksi audio visual telah dibawa untuk tujuan rujukan bersemuka warga pengunjung. Booth telah menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung. Melalui program ini juga, ia bukan sekadar untuk mencapai objektif program tetapi juga telah menyumbang kepada pencapaian PI 7 : rujukan bahan arkib.

Suasana di Booth Rujukan Bahan Arkib.

Disediakan oleh : Atirah Binti Ruslan, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply