Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan Anjuran Unit Arkib Cawangan UiTM Cawangan Kedah

Merbok, 31 Mei 2023 – Unit Arkib Cawangan Kedah telah melaksanakan pelantikan Pegawai Rekod Jabatan yang terdiri daripada Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tabir Rekod Jabatan daripada 25 pusat tanggungjawab yang terdapat di kampus UiTM Cawangan Kedah.  Kesemua lantikan ini perlu mengikuti Kursus Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan bagi melayakkan mereka menerima sijil lantikan rasmi.

Melayakkan pegawai yang dilantik menerima sijil lantikan secara rasmi dan memberi pendedahan mengenai sistem pengurusan rekod yang berkesan berdasarkan ketetapan Arkib Negara Malaysia.

Kursus Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan ini telah berlangsung pada 30 sehingga 31 Mei 2023 di Bilik Seminar Kaunseling. Penceramah jemputan daripada Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis adalah Puan Balkiss Othman. Kursus selama dua (2) hari ini turut dihadiri oleh kakitangan UiTM Cawangan Kedah yang berminat untuk menimba pengetahuan mengenai sistem pengurusan rekod.

Hari pertama kursus.

Hari kedua kursus.

Disediakan oleh : Atirah Binti Ruslan, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply