Peranan Perpustakaan Dalam FRGS (UiTM Expert Dan Impak)

Merbok, 24 Januari 2023 – Pustakawan Kanan Unit Sokongan Penyelidikan, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah iaitu Puan Noor Azlin Binti Abdullah,  telah terlibat bersama Research Management Unit, UiTM Cawangan Kedah dalam membantu pensyarah mengenalpasti serta tambahbaik menyampaikan maklumat berkenaan data ID GOOGLE SCHOLAR, WOS, SCOPUS dan PRIMe. Perkara ini dapat menyokong kepada visibility penyelidik UiTM Cawangan Kedah melalui perkhidmatan maklumat @ UiTM EXPERT yang disediakan oleh pihak UiTM. Seramai 33 staf akademik telah hadir pada sesi berkenaan yang diadakan di Bilik Seminar Kaunseling UiTM Cawangan Kedah pada 18 -19 Januari 2023.

Disediakan oleh : Noor Azlin Abdullah, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply