Program Book Review Buku Bertajuk Gadis Bestari Ada Simpanan Sendiri Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah

Merbok, 30 Mac 2023 – Program ‘Book Review’  bertajuk Gadis Bestari Ada Simpanan Sendiri adalah merupakan buku yang bertemakan motivasi, pendapatan, harta dan simpanan yang ditulis oleh Dr. Azizul Azli Ahmad. Buku ini sesuai dengan semua golongan pembaca , terutamanya para gadis dan Wanita. Penggunaan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami juga dapat menarik minat pembacanya.

Tujuan program ‘Book Review’ tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan aktiviti budaya membaca di kalangan staf kerana membaca merupakan satu amalan mulia yang perlu dipraktikkan di dalam kehidupan harian.

Program berkenaan telah diadakan pada 29 Mac 2023 selama 30 minit di ruang menonton, Perpustakaan Sultan Badlishah oleh Cik Amizatul Athira Binti Zulkifle, Pelajar Latihan Industri IM244. Seramai 18 orang staf telah menghadiri program ‘Book Review’ tersebut.

Penulis : Cik Amizatul Athira Binti Zulkifle, Pelajar Latihan Industri IM244

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply