World#Quranhour@PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 13 April 2023 yang lalu, bersempena dengan Program World#Quranhour yang berlangsung di seluruh dunia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTMCPP juga tidak ketinggalan mengadakan program bacaan dan tadabbur Surah Al-Insan bersama warga Kampus Permatang Pauh.

Pada tahun ini, Surah al-Insan dipilih dengan membawa tema “memanusiakan manusia” melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga. Surah Al-Insan mengajar beberapa perkara iaitu memperbetul pemikiran bahawa kita sebagai hamba Allah dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup serta mengajar manusia bersyukur dengan rahmat Allah walaupun di dalam kesukaran.

Program yang berlangsung di ruang Library Community Engagement (LCE) PTAR UiTMCPP ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Insan di bawah pimpinan Ustaz Mohd Khairuddin Md Sul Haimi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTMCPP. Tadabbur Surah Al-Insan pula telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Adenan Mohd Yusoff, Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTMCPP.

Program yang telah dihadiri oleh 102 orang peserta ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan interaksi warga kampus dengan Al-Quran serta menggarap nilai-nilai mulia yang dihayati daripada surah-surah dalam Al-Quran.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply